Friday, 2 June 2017

Menyusahkan Update Guna Ipad

Assalamualaikum. Awal tahun haritu laptop aku rosak. Nak buat assignment terpaksa pinjam laptop orang lain. Bila ingat balik, tak sangkaaa aku berjaya harung semua benda tu. Assignment Pengajian Am kena buat jadual and graf yang kesemuanya 38 buah lepastu kena elaborate sampai 7000+ patah perkataan. Tapi sebelum buat tu, kena edar 30 borang untuk 30 orang responden. Yang edaran untuk responden tu berapa kali kena reject sebab soalan tak relevan. Buattttt balik. Typeee lagi. Pinjammmm lagi. Lepastu kejap kejap ada exam. Yang assignment Sejarah pulak kena buat proposal dulu, and then baru sub yang bebetul punya. Elaboration 3500 patah perkataan, tu pon kira objektif punya je. Lepastu assignment Bahasa Melayu, yang ni okaylah tak payah taip tapi kena menulis hwawawa. Kena create 8 buah karangan berformat berdasarkan tajuk yang cikgu bagi. Contohnya macam ceramah, syarahan, minit mesyuarat, kertas cadangan, memorandum and memacam lagi lah. Satu karangan 650 patah perkataan. 8 karangan? Tak tepu otak kau kena create 5000+ patah perkataan? Ketiga tiga assignment ni kena buat kurang daripada 3 bulan okay. Kalau ada laptop sendiri senang la. Yang aku ni? Nak kena cari sumber internet apa bagai? Kengkadang rasa give up jugak tapi Alhamdulillah la Allah sentiasa ada. Ni baru sikit, baaaanyak lagi sebenarnya yang jadi. Cuma malas nak cakap je. 

Ni dah masuk final sem, kena hadap lagi dua assignment. BM dengan Eko. Laptop still tak repair. Duit weeeeh, duittt! Pulak tu tak boleh repeat paper dah sem ni. Nak fokus tang mana ni? MasyaAllah. Tajuk untuk assignment BM dah dapat dah. Quite interesting tapiiii nak elaborate tu yang payah. Untuk variasi bahasa ada topik penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster (x) pengunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar tingkatan enam (x) pengunaan bahasa mesra dalam novel Suri Hati Mr Pilot (x) pengunaan bahasa basahan dalam rancangan Meletop terbitan Astro (x) pengunaan bahasa kasar dalam kalangan pelajar (x) penggunaan bahasa kasar dalam laman sosial yang ditadbir contohnya macam Siakap Keli (x) semuaaaa ni aku reject! Nak lagi bahasa mesra tu, tak koserrrrr. So, untuk part ni group aku amik topik penggunaan bahasa istana dalam teks Sejarah Melayu. 

Untuk bahagian morfologi pulak, kalau boleh nak avoid sebab ni topik sem dua so better amik variasi bahasa. Sambil buat assignment kita belajar jugak. Tapi kalau belajar topik morfologi pun okay jugak sebab dah ada basic. Tengoklah macam mana nanti but hopefully topik bahasa istana tu cikgu approved. Aamiinnnn. Okay topik morfologi pulak ada penggunaan kata kerja dalam ulasan surat khabar Berita Harian (x) penggunaan kata adjektif dalam pantun dan syair atau iklan (x) kajian tentang kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam Akhbar (x) analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid Tingkatan Peralihan (x) penggunaan kata tugas dalam penulisan esei pelajar (x) kalau takde pilihan aku akan amik topik yang tak melibatkan kata kerja sebab susahhhh. Nak cari kata kerja aktif transitif, kata kerja aktif tak transitif lepas tu nak pecah pulak pada berpenerang, berpelengkap dengan apatah lagi satu tu. Aku lemah gila bab ni :( 

Untuk assignment Eko pulak ade dua topik. Kadar upah dengan apatah lagi satu tu. Nanti aku cek balik dekat web mpm. Sebab aku menyampah la nak guna ipad ni. Banyak benooooo dugaan. Ni nak update satu entry pun makan masa kemain lama. Ah malas lahhh nak cakap apa masalahnya tapiiiii memang masalah yang buat aku mencarut. Hahaha. Soooooo, aku rasa aku nak rest dari dunia belog even dah join since aku form 3. InsyaAllah bila laptop dah okay, aku buat lagi entry mengarut. Kahhhhh. Okay semua, take care ya. Doakan aku boleh buat assignment dengan baik plus dapat present dengan smooth sebab aku takuttttt dengan cikgu eko. Hahahaha.

Published : 3 Jun 2017 pada 9.13 pagi.

No comments:

Post a Comment