Wednesday, 31 May 2017

Jenis Lelaki yang Buat Spoil

Assalamualaikum. Semua ni opinion aku okay? So takpayah nak butthurt sangat. Semua orang ada taste masing masing. Contohnya kau tak suka aku, lepastu kau ingat aku kisah? Hahahaha talk to my hand. Sekarang ni kan dah macam macam pesen laki and pompuan kita boleh tengok. Tinggal masuk tak masuk je dengan kita. Sekarang ni aku taknak cakap pasal ciri laki yang aku suka sebab aku rasa macam dapat tak dapat je haha. Tapiiii kalau laki tu kena point dekat bawah ni, automatically sila brams. Biarlah daku sendiri :p First and foremost *tiap kali buat esei Bahasa Inggeris aku mesti lupa ayat ni walaupun dah banyak kali remind malam tu* aku cukup pantangg lelaki yang panas baran. Asal cemburu je baran. Asal tak ikut cakap dia je baran. Asal ada yang tak kenaaa lah. Dah baran sesuka hati kau, pastu senang senang nak minta maaf. Kepala hotak kau berjambul. Kawal sikit perangai kau tu. Belum apa apa nak control everything? Kejadahnya. Cakap baik baik tak boleh? Kedua, laki yang kuat mencarut. Kau bayangkan tengah sedap sedap borak ni keluar segala pantek mak ayam, fuki lanchau, buat maluuu je kalau terlepas depan mak bapak aku. Memang la mulut aku pun kengkadang tak boleh control, but hellooooo kalau dah setiap masa nak mencarut itu tabiat ke buang tebiat namanya? Baik kau diam la. Buat sakit telinga aku je. So baik avoid mamat macam ni. Ketiga, pengotor! Aku tak faham kenapa ada jenis manusia yang sesuka hati meludah sana sini? Lepastu rambut berbau, bulu tak trim. Ya ampunnn tak rasa semak ke? :) pengotor ni paling aku tak boleh terima. Aku rasa aku boleh accept mamat yang kuat mencarut daripada mamat yang pengotor. Kalau dia baran, boleh je aku buat tutup telinga ke hape. Ha cakap la kau sensorang. Kalau pengotor? Celah mana aku nak buat buat tak nampak? Takkan all the time jumpa nak harap aku bawa kapas tutup hidung, bawak timun tutup mata? Aku perlukan keamanan sejagat okeh! 

Lepastu jenis laki yang pemalas. Pemalas kat sini maksud aku macam kau dah takde menda nak buat, lepastu membongkang je kat rumah. Tak reti nak cari kerja ke awak? Aku pernah la kenal dengan sorang mamat ni, umur dah 28 tahun! Adik aku 18 tahun dah kerja. Lepastu duduk rumah mak bapak, bila aku online mesti tepi nama dia ada button hijau! Sumpah aku menyampah gila. Tak boleh harap. Kalau dah usaha tapi tak dapat boleh tolerate lagi tau. Yang tak boleh toleratenya kalau minta kerja baru sekali dua, lepastu dah malas and give up. Pe bendaaa? Dah tau kerja susah nak dapat kau memilih pulak. Bila dah dapat cakap boss kau tak best, kengkawan kerja tak suka kau, and macam macam lagi alasan. Masuk kandang kambing pls mengembek okay? Jangan nak buat macam tu tempat kau pulak. Last but not least lelaki yang tak boleh bawa diri. Bila dengan kengkawan, poyo ni haa ngorat awek sana sini. Tapi bila sensorang, terkangkang nak hidup. Disebabkan aku ni student so aku tak suka student lelaki yang dalam kelas mulut dia lah paling kecoh, tapi bila suruh presentation tolak badan member, eh kau la kau la. Kecut pulak ek telor kau. Time kau membahan orang kau la yang paling hebat kononnya. Lepastu aku tak suka lelaki yang depends pada kawan dia je. Takde kawan tak boleh hidup. Sebenarnya banyak lagi perangai yang boleh buat spoil, muka handsome ada ini macam punya perangai, sorry morry to the lorry la weh, spoil okeh! Aku pun tak suka juga laki yang sweet talker, playboy, tak pandai buat decision, and aku malas nak elobarate dah. Nanti ramai benci. But still, ada aku kisah? :D

Published : 1 Jun 2017 pada 11.08 pagi. Selamat datang bulan Jun. Selamat datang sem akhir. Selamat datang tekanan perasaan. Maaf kalau lepas ni entry semua macam perempuan meroyan.

Monday, 29 May 2017

Perlulah Keje Asyik Nak Dengkiii Je?

Assalamualaikum. Aku macam tak faham kenapa perlu wujudnya manusia yang suka tengok orang marah, sedih, kecewa. Padahal dia takde buat salah apa pun kat kau. Kau nak tahap dia bunuh diri ke baru kau puas hati? Nak sangat tengok dia kena tekanan perasaan sampai sakit mental? Kau tak rasa bersalah ke huru harakan hidup orang? Kau buat dia macam macam tapi ade dia dendam dengan kau? Sebabkan dia tak balas balik perbuatan kau, makin kau pijak kepala dia ye. Doa orang teraniaya termakbul weh. Tak payah tunggu dia doa la, tapi memang dah jadi lumrah, setiap kejahatan kau buat dekat orang, Allah ada untuk balas. Cuma cepat atau lambat je. Kalau kena dekat dunia, boleh la kau carik dia nak minta maaf. Tapi kalau dia dah mati and dia tak redha apa kau buat dekat dia, sampai mampos kau takut dengan bayang bayang kau sendiri. Merangkak la kau cari dia dekat padang Mahsyar walaupun harapan nak jumpa dia 0.01%!

Benda ni common sense je. So get a life. Kalau kau tak suka dia, just ignore la. Yang kau sibuk nak jadi Tuhan nak jatuhkan hukuman tu pahal? Dari kau sibuk nak fikir macam mana nak sakitkan hati dia, lebih baik kau fikir macam mana nak buat orang suka dengan perangai kau. Sebab akan ada je manusia yang tak puas hati dengan kita. Semulia-mulia nabi Muhammad SAW pun orang tak suka, especially masyarakat Musyrikin Quraisy yang sanggup plan nak bunuh nabi, bagi tawaran harta and pompuan dekat nabi, siap boleh guna taktik kengkonon toleransi ah kalau nabi sembah berhala, diaorang sembah Allah SWT. Tapi itu semua dugaan masa Nabi nak berdakwah. Nak pujuk orang tinggalkan kemungkaran. Buat kebaikan pun orang dah benci. Nak pula dengan perangai kau yang hidup asyik nak mendengki. Tak pelik kalau orang lain buat benda sama kat kau. Tak doa pun benda bebukan tapi macam aku cakap tadi, setiap perbuatan ada pembalasan. So adalah lebih afdhal, kau cucikan hati kau dulu daripada sibuk nak musnahkan hidup orang. Kau bukan Allah :)

Published : 5.16 petang. 29 May 2017.