Tuesday, 20 June 2017

Untukmu Imamku by Oki Setiana Dewi

Terlintas tanya hati
Siapakah yang akan mengisi
Hari hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke Syurga

Dia yang mencintaiku dan
Semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa

Untukmu Imamku
Ku serahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Menggapai cintaNya bersama denganmu

Untukmu Imamku
Ku berikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu

Dari umur kita 4 bulan lagi dalam perut ibu, Allah dah takdirkan siapa jodoh kita, bila ajal kita, macam mana masa depan kita. 

Mungkin sampai sini jodoh aku dengan IM. (11.07.16-20.06.17) 
Aku redha. Aku percaya apa yang jadi ni ada hikmahnya.
Aku panggil dia IM, sebab aku rasa dia bakal jadi imam muda aku.
Even dulu aku pernah cakap dengan dia aku nak dia jadi imam aku.
Masa tu nampak macam saje nak melawak, tapi dia taktahu tu satu doa aku.
Doa yang aku mintak setiap masa bila aku panggil dia IM depan kawan kawan, dalam belog, depan family aku. 
Takpelahh .. Akan ade yang lain yang sudi membimbing aku.
Dia terlalu baik untuk aku. Aku tak pernah guna alasan ni. 
Tapi sekarang aku sedar diri :) aku tahu aku jahil. Jangan cakap dengan muslimah lain lah, bandingkan aku dengan kawan kawan aku yang lain pon, aku bukan yang terbaik. Banyak lagi perempuan yang layak untuk dia. 
Banyak dah impian yang aku bina atas hubungan ni.
Tapi aku sedar takkan bawak ke mana,
Cuma bawak derita.
So aku stop.

Doa yang aku tak pernah putus kirimkan untuk dia,
Semoga dia akan terus berjaya dunia dan akhirat.
Semoga dia berjaya dengan cita cita dan impian dia.
Semoga dia sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Semoga dia sentiasa bahagia dengan apa je yang dia lakukan.

Dan untuk aku,
Supaya aku dapat terima semua ni dengan redha.
Supaya aku dapat teruskan hidup baru dengan azam baru.
Supaya aku dapat menjauhi dari dosa waktu kiteorang bersama.
Semoga Allah akan menggantikan yang lebih baik untuk diri ini.

IM (hahaha taktahu sesuai lagi ke tak panggilan ni untuk awak)
Jaga diri.
Selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Halalkan apa yang awak dah belikan untuk orang.
Orang okay. :) 

Published : 20.6.17 pada 5.11 petang

Perkara yang Perlu Guna Duit Suami

Assalamualaikum. Sekadar perkongsian ilmu. Kalau rasa nak komen, boleh buat entry lain and bagi link. 

a. Duit makan Minum isteri.
Duit belanja diri (menurut Lembaga zakat) potongan ke atas isteri adalah RM 3000 setahun. Bahagi dengan 12 bulan, jadi sebulan RM 250. Tapi bergantung pada pendapatan atau ehsan suami. 

B. Duit belanja dapur.

C. Peralatan mandian.

D. Pakaian baru. Dua persalinan setahun termasuk Peralatan dalam, telekung, kasut dan lain lain.

E. Rumah yang selesa. Isteri dapat hidup dengan aman Dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram) serta bil rumah.

Sumber : Klik

Thanks pada yang buat gambar tu. Tapi pada pendapat aku yang masih mentah ni (hahaha :p) semuanya melibatkan consideration and cooperation. Dengan ekonomi yang macam sekarang ni, ade je orang yang terpaksa buat dua tiga kerja pada satu satu masa. So untuk yang berpendapatan sederhana, and dah berkeluarga, memang rasa sakit jugaklah kan. So sebagai seorang isteri, yang katanya berkongsi hidul dengan suami, susah senang dengan suami, bertolak ansurlah siket. Memang tugas suami mencari nafkah, tapi apa salahnya kita ringankan beban diaa? Kalau taknak tolong pon, takpayah nak mintak benda bukan bukan. Kalau suami boleh sediakan rumah setingkat je, takpayah nak mintak sampai dua tiga bijik yang bertingkat tingkat. Itu dah jatuh hukum teringin, so kalau kau sendiri yang teringin, usahalah sendiri. Sebab takat tu je suami kau mampu sediakan, so accept jelah. Asalkan dah ada rumah, tempat berlindung yang selamat. Kalau bab makan pulak, dah sama sama nak mencekik, so kongsi lahh duit. Nak plak kalau dah ade anak anak, haa lagiiikah banyak mulut nak kena suap. Suami dah beli barang dapor, ha masak. Ni dah beli, lepastu asyik mintak makan luar, tu pon dah teringin jugak namanya. So keluar duit sendiri. Tak jatuh hukum dosa pon kalau lanje family sendiri makan. Yang suami plak kena bagitahu kenapa dia tak mampu sediakan macam macammmm untuk isteri dia, bagi tahu duit gaji ni nak mana, yang ni pegi mana. Yang isteri plak dah dengar cuba hadam dan terima. Bukannya hadam dan lawan. Tak baikkk tau. Sekurang kurangnya suami kau bekerja dan masih bagi nafkah yang sepatutnya, berbanding dengan sesetengah suami yang langsung tak berkerja lepastu tambahkan beban isteri dengan hutang dia, rokok dia, judi dia. Ha pilih, mana kau nak? 

Published : 20.6.17 pada 4.55 petang.




Saturday, 17 June 2017

Ragam Manusia Di Facebook

Assalamualaikum. Hari ni ade kelas ganti, tapi aku tak datang haha. Adik and mak aku balik kampung. Ni first time adik bawak keta jauh, doakan semuanya selamat. Aku tak ikut sebab esok nam gerak national library dengan member. Okeh, tadi masa on fb akh nampak satu page ni screenshot ig perbezaan laki dan pompuan bila dah graduate. Lepastu yang laki tu cakap, kenangan yang aku takkan lula sampai mampos. Yang pompuan pulak, sampai dua page dia punya wish. Tapi dekat komen, takde satu pon yang cakap tahniah. Semua condemn! Orang melayu ni mmg susah eh nam tengok bangsa dia sendiri maju? Padahal perempuan tu just throwback je masa dia belajar dulu, and dia speaking. So apa yang dorang ni sakit sangat? Dia nak speaking. Itu masalah besar ke sampai nak perli pompuan ni dapat muet band six kengkononnya. Pastu cakap orang tu lonely sebab tulis panjang panjang. Apa benda dooeehh? First, perempuan mmg suka bercakap and feeling lebih. Second, tu ig dia kott, kau sakit apa kalau dia nak tulis sampai cecah lantai tembus tanah sekalipon? Yang palinggg sedih orang condemn sebab pompuan ni baru graduate diploma, lepastu ramailah komen aku taktau la kalau kau amik degree ke phd macam mana panjang pulak ayat kau buatt, ek eleehh diploma je kot tu pon nak cakap macam stress sangat. Astaga, kesian weh pompuan tu. Look, kita taktahu macam mana orang tu berdepan. Mmg kau rasa ala diploma je sebab kau dah ade degree, master, phd! Tapi sebelum kau sampai tahap tu, kau mula dari bawah jugakkan? Maybe masa dia belajar dia ade masalah peribadi macam kewangan, family atau pape jelah, and dia mampu berdepan semua masalah tu dengan genggam segulung sijil diploma at last. Semua org ade story masing masing lah, so yang kau nak judge dia macam tu asaaaal? :) masa kau lulus diploma dulu tu pon, takkan kau tak rasa bangga? Kalau tak bangga, sijil tu sila koyak dan buang dalam tong sampah. Maybe dia anak sulung yang jadi harapan mak ayah, jadi contoh pada adik adik dia, takpon time spm result bebiasa je tapi at least dah sampai tahap yang dia target, so kalau dia nak rasa bangga dengan semua ni, apa masalahnha dengan kau? Aku sikit tak paham. Short and sweet p/s dari aku, taksukatakyahbaca. Diapontakrugiapa. 

Lepastu scroll lagi, haa nampak plak makin ramai awek melayu yang hisap batu lepastu post kat fb. Haa spisis macam ni, komen satu pkn tarakk! Yang rosak camtu taknak plak kau tegur lepastu yang berjaya tadi menggunung kau carik salah dia. Haihh sakai. Menggelabah betul manusia sekarang ni, aku tak galakkan dak dak isap batu ni kena bash, tapi aku pelik bila takde plak yang nak komen. Ohhhh kau baiklah nak tegur personal, habistu yang situasi satu tadi tu, sopan sangatlah perangai kau? Hahahahahaha!! Scroll lagii, nampak plak cite dua lesbian yg kawin dah cerai. Tapi malas nak cakap apa lah, dah kata omputih kannn, tapi laki melayu ramai plak yang gataiii komen kat situ kan? Lalala. Bini awak takdee, abang adee. Yakkkk! 

And ade satu gambar ni cakap bila kau update tengah sakit hati, orang tanya kenapa, kau taknak cite. Bila update tengah sakit, tanya plak sakit apa, pastu kata takde pape. Bila update tengah sedih and orang tanya kenapeee, dia kata biarlahhhh rahsiaaaaa. Hahahahahahaha. Mmg ade pon manusia macam ni. Tapi cam aku cakal tadi, fb dia so sekati lahh dia nak cakap apaponnn. Tapi sebagai manusia yang dah diberikan akal, eloklah timbang baik buruk dulu sebelum nak update status ataupon bagi komen. Taknak gadoh gadoh. Taknak dengki dengki. Bulan puasa ni kannnnn, tak baikkkk! :) 

Published : 17 jun 2017 pada 4.05 ptg. Sorry tak leh tunjuk gambar tu semua kat siniii sebab update buna ipad. Haihhh makin bengangggg je aku dgn benda alah niii! Ade typo tu abaikan jelah. Herrr :/

Thursday, 15 June 2017

Cerita Hari Raya

Assalamualaikum. Puasa ade lagi seminggu lebih dah bukak cite pasal raya. Haha. Esok aku ade presentation sebenarnya, bahan dah ready. Just nak recall balik je. InsyaAllah. Doakan ye :) aku rasa raya paling best masa aku umur 10 tahun. Sebelum akak aku kawin, sedara mara semua dah akik baligh. Ha masa tu semua berebut nak tidur depan, selagi tak berlengas selagi tu tak stop main. Ni bila semua dah besar, dah ade limit masing2. Pesen sepupu aku pulak jenis yang tudung labuh kemain, aku je yang jahil tak sudah ahaha :) bila dah masuk sekolah, setiap tahun mesti akan datang dua orang laki dalam hidup aku. Since aku sekolah rendah, aku suka sorang laki ni je (mr k) form 1, mr k and kawan dia, msd datang. Selalu la kacau aku. Tapi aku taknak cite, aku nak lupakan semua tu. Sorry hehee. Pastu form 2, still mr k, but tukar pulak dengan mat telur a.k.a mr bean. Hahaha dengan mr bean ni sumpah banyak gila kenangan. Pahit manih lething semua ade kahkah. Ponnn aku taknak cite. Sorry again. Masuk form 3, still mr k and kali nii dengan hari raya pulak. Hari raya ni pernah tackle aku dari form 1, tapi masa tu form 3 aku lak suke dia. Tapi dia dah kerek haha :) hahhh taknak ingat jugak hoho. Okeh masuk form 4, aku kenal dengan sorang mamat ni, aku panggil dia mamat sengal. Mamat sengal ni kapel dengan member aku masa form 3, tuptup naik form 4, dia add aku mat fb. Mula mula tu kawan jelah kan, eh lelama terapat pulak. Sampai bila dia tengok aku kat sekolah, aku pulak tengok tempat lain, dia marah. Ha sampai tahap tu lah. Haha. Pastu ni lah tahun pertama aku raya dengan crush. Nak pulak, dia ade kembar (adik dia) kapel dengan kawan baik aku. So memang raya sama la cite dia. Masa form 3 aku raya jugak dengan mamat sengal ni, tu pon sebab aku datang open house awek dia. Tetiba form 4 dia beraya rumah aku plak. Haha okweddd gila. Aku dok ngan dia, member aku dok ngan balak dia. Tahun tu aku buat biskut lidah kucing and dia sukee hehee. Tapi lepas raya sama sama, aku macam tak tahulah, dah bosan, chat dia semua aku tak reply. Kalau reply semua naktaknak je. Sampaiii aku remove dia dari friendlist aku. Terus renggang. Lost contact :) okey, aku rasa aku takleh tipu yang aku still sayang mr k. So, aku move on dari mamat sengal ni. Masuk form 5, aku taknak rapat ngan sesapa. Tapi datang lak mr m. Mr m ni ade gak raya rumah aku masa form 4. One dah, dia lepak kat meja aku and tanha bila boleh datang raya lagi. Aku cakap tengok bila free. Terus dia cakap petang tu dia datang. Bawak member. Aku ingat dia nak bawak kawan dia yang form 4 dulu, rupanya DIA NAK BAWAK MR K. Peluhhhh. Dah la besoknha trial spm paper sejarah kertas tiga. Aje gilaaaa kan hahaha. Aku tak kasik tapi dorang nak datang jugak. Aku tanya mr k nak makan apa, dia nak nasik ayam. Hm pebret dia. Tapi kat rumah takde ayam, so dapat hidang nasi lemak dengan bihun sup je. Potong kuih sikit, hidang air. Dah. Masa dedua ni datang, kakak and adik aku pon layan dorang jugak. Bila akak aku tanya, kat sekolah ade orang kacau aku tak? Selama de' je mr k cakap, hm berani plak orang nak kacau saya punya. Pastu tanya kat adik aku, nak abang ipar tak? Aku spechlesss hahaha. Senanga banyak gila kenangan dengan mr k. Susah nak lupa tapi aku cube :) lepastu kecohhhh dekat ws grup kelas, semua cite pasal nasik lemak. Hahahaha. Member dia kata dah boleh buat bini. Bongok! Lepastu mr k balas. Dia buat kan Cupcake moist coklat. Mula mula tak jadi sebab dia salah pilih cup. Then dia buat lain, lepastu jadiii. Sedappp. Thanks :) naik je 18 tahun, haa jumpa pulak dengan im. Masa ni kisah aku dengan mr k mmg dah habis lesap okehh, walaupun ade terseremak dengan dia kat kedai mamak. Dia panggi, tapi aku lari. Hahahaha. Sebab aku dah ade im :) im datang bulan 5 2016, so dah setahun lebih la kiteorang contact balik nihh. Aku kenal im dr sekolah rendah lagi. Waktu tuisyen. Suka sakat orang. Im cite ayah dia pernah hantar aku balik rumah lepas habis tuisyen tapi aku tak ingat hoho :( tahun lepas patutnya aku raya dengan im tapi aku macam segannnnn sangattt. Dah lama tak contact kan. Tetiba rapat. So rasa pelik la hehee. Dia dengan kawan baik dia, mr h sampai round satu taman carik mana rumah aku, mr h give up and cakap aku dok dalam kotak hahahaha sebab susah nawww nak jumpa. Mmg lerr sebab aku tak bagi alamat lengkap haha :p mr h ni pon aku kenal dr sekolah rendah, pernah gaduh teruk gila dengan dia, sampai cedera semuaa lah hahaha, pastu bertahun tak sama sekolah. Masuk stpm, sama kelas. Haduiiii hahahaha. Tahun ni, Alhamdulillah still dengan im, kalau ade rezeki dalatlah raya samaa :))) dah macam apa dah setial tahun tukar laki. Walaupun aku pernah sayang sangat dekat me k, anggaplah benda tu kenangan kama, sekarang ni aku nak create memory dengan im je. InsyaAllah. Ade banyak lagi ni nak cite. Kalau ade masa aku cite pasal pilih baju raya pulak keyhh. Byeee gudnite! :) 

Published : 15.6.17 pada 10 malam

Wednesday, 14 June 2017

Alhamdulillah. Tahniahhhhh ! :D

His mom said, "tahniah anak mama muhamad (im) dan kawan2 yang lain semoga ilmu yang ada akan digunakan dengan sebaik mungkin. Dan terima kasih pada ustaz2 yang mendidik anak2 kami. Hanya Allah saje yang akan membalas jasamu terlalu besar bg kami. Semoga Allah akan permudahkan urusan di dunia dan di akhirat dgn mudah. Inshaallah..aaminn"

His ustaz's said, "salam ganniah aliff.. Kahfi.. (im) lulus isbat harini. Pejabat agama daerah tangkak. Alif 95 peratus.. Im 88 peratus.. Kahfi?? Peratus lulus 70 peratus. Penyemak imam besar daerah tangkak.. Ustaz rafifi.. Layak terima elaun jabatan.. Moga menjadi motivasi untuk terus mencintai dan berakhlak dengan akhlak alQuran.. Jzkk.. Esok, talha, rafi, haziq..siap sedia" 

Allahuakbar.. Bangganha dengan awak! Tahniahhhhhhhh. Orang happy sampai menangis, tengok kawan kawan awak, mak awak, adik awak, ayah awak wish congrats kat awak, tak pepasal je orang boleh nangis hahahahaha. Nak pulak ade satu komen tu cakap, dalam nakal2 awak, awak boleh berjaya. Hahahaha cutee jee :D ni tulis ni pon tengah sengih2 lagi tau. Patutlah awak cakap awak busy start sabtu tu, rupanya ada exam eh minggu ni. Alhamdulillah, tahniah tahniah tahniah. Orang tau cita2 awak tinggi. Last kita chat haritu pon awak tanya pasal study orang, orang cakap orang taktahu nak sambung ke takk, tapi awak motivate orang, awak cakap kalau ade rezeki, jangan tolak.. Amik. Bila orang tanya pasal study awak yg nak sambung indon atau mesir tu.. Awak cakap hasrat tu masih ada cuma rezeki awak kat sini masih ade.. So awak teruskan dengan apa yang ade.. Baguslah tu. Kejar ilmu ni tak boleh rushing, biar slow and steady .. Yang penting apa kita target tu kita dapat. Orang tak boleh pesan banyak2 melainkan Allah tau apa niat kita, kalau kita doa sungguh2 insyaAllah Dia makbulkan. Allah takk pernah cakap tak, Dia sentiasaaaaa akan bagi, cuma lambat atau cepat je. Takpon Dia akan gantikan dengan lebih baikk. Alhamdulillah awak, orang bangga dengan awak. Sekarang ni kita fokus dengan study kita ehh, 28 ramadhan sampai 14 raya nanti, kita contact balik :))))) dengar tak niii? Orang banggaaaaa hahahaha. Thanks pada mama awak, lada cikgu awak, pada kawan kawan yang banyak support awak okehh? :D okey tak leh lama nik, nak off dah. Take care awak. Jaga iman, jaga diri, jaga hati. Assalamualaikum <3 

Published 14.6.17 pada 4.56 petang. 

Thursday, 8 June 2017

Syamel dan Ernie Zakri

Pehal lagu ni best sangat ehh? 

Syamel.
Kasih rahsiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu

Ernie
Kasih rahsiakan hati
Perlahan dirimu pergi
Bila berdua, bahagia rasa
Dirmu hanya milikku
Selamanya

Syamel
Lengkapilah
Deraian cinta
Jangan biarkan ku menunggu harapanmu

Ernie
Kau terindah 
Hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Syamel & ernie
Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata 
Aku cinta

Dapat Apa Eh Tipu Perasaan Sendiri?

Assalamualaikum. Aku tak suka orang tipu aku. Aku lagi suka terima hakikat walaupun benda tu at last buat aku sakit. Tapi biar aku sakit dengar dari mulut kau, daripada orang lain yang cakap. Kalau sayang, cakap. Kalau dah bosan, cakap. Kalau nak blah, cakap. Kalau aku ade buat salah, cakap. Aku dah kata aku tak reti nam baca hati orang. So, kalau dah jadi macam ni aku assume kau dah bosan and nak blah tapi tak sampai hati, lepastu bolehlahh kau cari aku bila kau bosankan? Takpayah nak cakap aku fikir negatif la, yang kau tipu perasaan kau sendiri tu bagus sangatlah? Suka eh tengok aku sedih? Buat aku tunggu kau cam orang bodoh? Kau tahu tak kenapa aku tak layan kau macam kapel lain buat? Takde panggilan sweet sweet, takde nak call setiap masa, takde nam tanya apa benda yang kau buat walaupun aku teringin nak tanya, takde nak pujuk pujuk kalau merajuk, aku takde apa yang kau nak. Aku faham and aku tahu aku banyak kekurangan. Tapi aku ada sebab buat macam tu. Aku perempuan weh. Ada rasa jeles, ada rasa nak tahu, ade rasa sedih, ade rasa nam bermanja. Tapi aku taknak bila aku dah buat apa yang kau nak, hubungan ni jadi sia sia. Aku taknak bila aku dah berkorban macam macam, lepastu takde jodoh. Walaupun aku sedih, tapi aku tak tahu kenapa aku still layan kau. Sebab aku taknak kau rasa sedih macam aku rasa kot. Padahal kau takde feeling pape pon kan? Aku tak faham kenapa the end of our conversation, mesti bergaduh. Kalau bergaduh yang maki hamun tu aku boleh accept lagi, at least aku tahu apa benda yang kau simpan dalam hati kau. Tapi ni jenis yang perang dingin tu haa, alih alih senyap lepastu dah okey muncul balik. And benda tu berulang ulang takde noktah! 

Aku tak reti nak manja, nak pujuk kau tapi aku setia dengan kau! Aku tak abaikan kau macam kau abaikan aku! Aku tak tahu la nak cakap apa dah. Balik balik aku rasa aku yang salah. Sebab aku banyak sangat kekurangan yang aku sendiri tak tahu kau dapat terima seadanya ke tak. Aku rindu kau yang dulu, aku rindu sangat sangat. Banyak benda aku nak cakap, tapi aku rasa aku tak berhak nak tanya sebab punca kesalahan datang dari aku so aku patut tanya diri aku sendiri. Aku ke yang terlebih sensitif? Ha betullah tu kot. Aku ni dah banyak sangat makan hati, asyikkkklah dok pendam. :') tapi takpelahh, satu hari nanti kalau Allah bukak pintu hati kau untuk terima aku yang sekarang, aku akan tetap ada untuk kau. 

Ya Allah sumpah wehh, takde kata kata yang aku dapat gambarkan apa yang aku rasa sekarang. Aku salah, aku yang nangis. Tapi hidup aku ada prinsip weh, aku takkan layan laki tu selagi dia tak sah jadi milik aku, walaupun hakikatnya aku rasa nak selalu dekat dengan kau. Tapi aku tahan. Sekarang ni terpulanglah pada kau, nak terima aku atau takk, tanya pada diri kau. Tak banyak yang aku korbankan sepanjang kita kenal. Aku tahu kau yang banyak mengalah, aku appreciate weh. Aku bukan tak nampak semua tu. Maybe bila benda tu aku dah tak nampak sangat sekarang ni, tu yang aku rasa sakit kot? Soal hati dan  perasaan tak boleh nak paksa. Aku sayang kau. Baik kau yang dulu, atau yang sekarang aku terima... :') 

Published : 9 jun 2017. 10.20 lagi. Lusa, 11 haribulan sepatutnya dah masuk 11 bulan. Nak dekat setahun dah. Tapi dah macam macam dugaan yang datang. Aku percaya Allah uji sebab Dia sayang. Jaga diri awakk :) 

Wednesday, 7 June 2017

Tanggangungjawab Suami. Tanggungjawab Isteri.

Assalamualaikum.

Tanggungjawab bagi seorang suami adalah :
1. Nafkah isteri.
2. Nafkah anak anak.
3. Belanja sekolah.
4. Belanja pasar.
5. Belanja perubatan.
6. Belanja orang tua.
7. Wang simpanan.
8. Belanja sendiri.
9. Belanja makan minum.
10. Bil bil rumah.
11. Ansuran rumah.
12. Ansuran kereta.

Tanggungjawab bagi seorang isteri pulak adalah :
1. Menjaga dan mendidik anak anak.
2. Hantar anak ke sekolah.
3. Menjaga akaun perbelanjaan.
4. Mengandungkan anak anak.
5. Bekerja untuk bantu suami.
6. Menggosok pakaian.
7. Mencuci pakaian.
8. Kemas dan bersihkan rumah.
9. Masakkan untuk semua.
10. Pergi pasar beli bekalan.
11. Menjaga rumah tangga.
12. Melayan suami lahir dan batin.

Credit to :  Encik Bear. Kalau nak tengok yg lawa, bergambar bagai boleh tekan Dekat sini

P/s : kalau ade nak komen, boleh buat entry sendiri.
P/s/s : aku tak boleh cakap apa sebab aku tak kawin lagi. Haha.
P/s/s/s : yang aku boleh cakap, sama sama la galas tanggungjawab masing masing. Fikir pasal mak ayah, fikir pasal anak anak. Kalau ade masalah settle cepat. Contohnya macam gaji suami kecil and nak minta kerjasama isteri, ha bincang elok elok. Isteri pon jangan peghak sangat sampai semua nak bagi dekat suami. The relationship of husband and wife is about two of sides. Penceraian benda yang dibenci Allah tapi sah. Communication, the royalty, be honest, semua tu kena amalkan. Eh panjang lak p/s aku eh. Haha kbye.

Published : 8 jun 2017, 8.33 pagi.

Tuesday, 6 June 2017

Form Six BUKAN Low Class!

Assalamualaikum. Dulu pon aku ade skeptikal yang negatif pada pelajar form six, tapi sekarang aku dah tukar mentaliti aku. Kebanyakan pelajar lepasan spm, akan jadikan form six sebagai pilihan terakhir. That's why orang cakap stpm ni untuk student yang tak dapat upu. Low class la. Kena pakai baju seragam, sama sekolah dengan budak arus perdana, tak boleh independent sebab stay dengan mak ayah. Orang pandang rendah sebab kita ni bukan taraf bebudak u, masuk matriks, asasi, diploma apa bagai. Tapi kena ubah persepsi tu sekarang sebab sekarang ni orang dah tak panggil pelajar tingkatan enam. Tapi orang panggil pelajar pra u. Stpm exam PALING susah di Malaysia, KETIGA tersusah di Asia Tenggara dan KETUJUH tersusah di Dunia. So, be proud gaissss :D plus sekarang ni mana ade dahhhh baju seragam, dah bebas la. And batch 98 yg pertama rasmikan. Hahaha batch aku la. Tapi still ade disiplin la tak bole sexy and over.

Tempoh belajar yang lebih singkat which is setahun setengah. Ye, asasi pon singkat jugak tapi sijil stpm laku untuk mintak kerja. Diploma? Ye memang laku tapi lepas tiga tahun belajar la. Banyak student diploma cakap dorang lebih susah, baaanyak paper nak kena jawab sebab tempoh belajar lama. Tapi peringkat stpm lebih mencabar. Sebab, kite belajar setahun setengah, dalam tempoh tu nak kena buat assignment, presentation and final sem setiap lima bulan. Tak beku kepala kena buat benda ni serentak? Pointer pulak kira untuk tiga sem. Sem ketiga tak boleh repeat pulak tu. Pelajar diploma dorang boleh carry cgpa dorang tu sebab banyak sem. Kalau nak mohon ijazah, peluang terbuka luassss untuk pelajar pra u. Memang kita belajar dalam sekolah tapi kertas soalan kita digubal dan diperiksa oleh pensyarah. So takde beza pon level exam pra u dengan budak u. Macam student pra u, pointer 2.5 dah boleh masuk u sebabbbb exam kita paling susah dekat Malaysia. Tapi tu dulu la, sekarang syarat dah lebih ketat sebab sistem belajar kita dah dibahagikan. Kalau dulu, belajar tiga sem baruu lah exam combine semua. 

Sijil kita bukan setakat layak untuk mintak kerja and dapat gaji setaraf macam student diploma yang tiga tahun tuh, tapi kita jugak ade peluang sambung belajar dekat luar negara! Haaa best tak ;) Sijil kita sama taraf dengan A-LEVEL yang dikendali oleh University Cambridge, UK. Nak mintak dekat singapura and brunei esoecially, insyaAllah boleh :) bila kita dah masuk u untuk sambung degree, pensyarah tahu kita dah ade basic. Sebab tu ramai pelajar pra u berjaya bila dah masuk the real u. Kita belajar dekat sini bukan suka suka eh? We have a lot of presentation, a lot kf examinantion, a lot of assignments. Style kita belajar sama macam student u jugak, so kena perlu cakap student pra u low class? :) and kite pon jangan rasa kita low class, sebab kita ade class kita kebih diutamakan untuk permohonan u berbanding student matrik, sebab kita ade class sijil kita boleh mintak kerja, sebab kita ade class kita boleh sambung belajar luar negara, sebab kita ade class ramai yang pandang rendah pada kita sebab they don't get what we get. 

Simple. Form six lebih singkat. Memang examnya susah tapi sesuai dengan ganjaran yang kita dapat lepas abis belajar. Form six lebih menjimatkan, ye memang duduk dengan mak ayah tapi is that a big deal? ._. Masuk form six sama macam kita belajar dekat u, cuma susasana je yang lain. So, pls la ubah mentaliti tu pasal form six. Dorg ni bukan apa, dorg taktahu kelebihan form six sebab dah rasa hebat sangat dapat masuk u, even budak politek pon sibuk nam condemn. Hahaha. Kiteorang budak form six ni mampu gelak je la sebab tak sangka student yg masuk u, yg dah habis hebat sangat dah ni, still ade mentaliti kelas ketiga. 

Untuk adik lepasan spm, jangan ragu ragu nak amik form six. Pls do more researches to get more detail. Jangan ikut kawan, and jangan percaya sangat cakap orang. 

Published : 7 jun 2017. 2.27 petang. Sorry gais, banyak sebenarnya nak cakap tapi sebab update guna ipad ni haiiihhhhhh payahhh. Dah la banyak kali typo, terspacing besar pulakk, so ignore je k. Macam biasa, mana yg baik, amik. Mana yang tak baik, tinggal. Bye :*

Monday, 5 June 2017

Sis Takpayah Nak Gedik Sangat Boleh Tak? :)

Assalamualaikum. Ye aku tau bulan puasa so aku akan cuba untuk tak mencarut tahap kebabuban dekat sini. Okay ade la sorang friendlist ni dekat fesbuk aku, alllllll the time dia akan update status. Tapiiiii alllll the post jugak semuaaa pasal jantan jantan dan jantan! Okayfine memang la lumrah seorang perempuan akan terpukau bila tengok mamat hensem tapi perempuan ni punya level bukan tahap terpukau tapi tahap batak nak mampos. Minah ni selalu la share pasal laki bina badan la, lepastu kalau ade mamat hensem post gambar, shareeee lepastu keluorr semua ayat merenyam dia -.- aku macam, eh kau ni dah kenapa doh? Padahal dia sama baya dengan aku tapi tahap gedik lain maciamm. Contohnya macam "sis sukalah tengok mamat baju merah nii, jangan buat sis melting boleh tah awaaaa. My heart away with your smile laa ahaksss hikhik" sakai -.- apesal letak hik hik, and tak letak hik hok? Baru sesuai kot hahahahahaha -.- disebabkan minah ni lah, friendlist aku dah berkurang sekor demi sekor. Minah yang selalu update gambar dengan pose yang over, lepastu status semua nak mencarut macam kau bagus sangat, and then minah yang gedik. Perrrhh tak oleh gooooo. Daripada menambah dosa aku macam aku buat sekarang ni, baik aku remove en ? ;)) 

Aku macam tak faham la kenapa perlu wujudnya perempuan macam ni? Macam obvious gila perangai batak dia tu. Eh kau takde ke sedara mara ke bapak sedara kau ke mak bapak kau ke jadi friendlist kau haa? Kau tak malu ke dorang baca post kau? Kawan kawan sekerja kau? Majikan kau? Cikgu cikgu kau? Kmonnnnn la. Muka kau sumpah tebal. Aku punya status masa aku form 2 dulu, semuanya macam "byebye korang. Fira nak pergi sekolah dah ni. Take care eh? Assalamualaikum" tu pon aku delete. Lagikannn pulak status yang macam aku perempuan meroyan. Contohnya macam, "sekarang baru aku sedar perangai kau. Thanks buat aku kecewa!" ish status macam ni pon aku dah malu, pe benda la kau ngarot ni fira oiii? Sebabtu aku dah kurang update status dekat fesbuk kalau ade pon setakat wish gudluck dekat adik adik nak pmr, nak spm, nak puasa ke nak raya ke. Yang lenlain tu semua share ayat ayat dari page lain yang aku rasa best. Sebab aku malu dengan diri aku sendiri :) dulu pernah la aku share mamat thailand ni nyanyi lagu kasih kekasih by inteam dekat fesbuk, lepastu IM marah. Hahahahaha. Tapi aku tak share macam minah tu share bukan sebab aku taknak dia marah tapi sebab aku sendiri yang taknak buat. So what? 

Okay fine tak kesah la minah tu nak share apapun, fesbuk dia. Cuma aku pelik and sedikit sedih la. Hm kenapa dah kurang sifat malu dalam diri orang perempuan? Teringat peristiwa masyarakat jahiliah sebelum islam datang, dorangkan ada amalan bunuh bayi perempuan dengan cara tanam dorang secara hidup hidup. Kenaa dorang bunuh? Sebab aura perempuan ni saaaaangat kuat untuk menimbulkan fitnah. Tu one of the reason la, ade banyak lagi sebab. Cuma aku nak tekankan dekat situ, nampak takk perempuan ni boleh mendatangkan fitnah? That's why la sifa malu dalam dirk seorang perempuan tu wajib, bukan setakat nak jaga aib dia, tapi kena jaga nama baik keluarga, nama baik suami. So kurang kurangkanlah perangai nak menggedik awak tu. Semua orang suka tengok benda cantik, benda yang hensem tapi kawal kawallah yeeee :) 

Satu hari nanti kau akan mendirikan rumah tangga, takkan la tak malu kalau husband kau tengok post kau yang lama lama tu? Lepastu adik abang and kakak ipar kau tengok. Eeiii malu dohhh hahahahaa. Malu dengan keluarga, malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri ;) cara aku macam ni la, sounds like kasar je kan nak tegur orang? Tapi mana yang baik tu, terimalah. Kalau yang tak baik tu, pejam mata keyhhh. 

Perempuan ni istimewa sangat sebab tu kita ni jadi perhiasan dunia. Melengkapkan hidup Adam yang sunyi. Tapi tengoklah jugak perangai kita macam mana, kalau serong tu perhiasan jugak tapi perhiasan yang berhabuk. Yang shining untuk wanita solehah je babe. Tapi kita boleh ubah perangai kita.

Published : 6 ke hari ni? Hohoho. Pukul 3 petang. 

Sunday, 4 June 2017

Marah tu Memang Marah tapiiiii

Assalamualaikum. Aku dah azam dah ni dalam hati aku nak boikot IM since dia sesuka hati je nak reply tak nak reply chat aku. Kang muncul tetiba hilang. Gerammmmmm. Kalau buat perangai mesti masa aku nak exam, tapi baru baru ni waktu aku nak exam tu, okay pulak hehehee :) tapi okey kejap jelah. Buat balik. Hisssh! Tapi percayalahhhhh aku tak ignore pon chat dia even aku dah azam sesangat dah ni, nak buat hati batu tapi tak jalan. Pe kehaaal? 

Macam hari tu okay je eh tetiba hilang balik? Ha kali ni tekadd sangat sebab aku tahan since bulan 3 kot. Now dah masuk bulan 6. Dah terasa macam haihh useless :( tapiii pagi tadi dia contact aku balik. Aku bukak je tapi lepastu aku ignore. Padan muke :( scroll timeline. Scroll scroll scroll. Tapi kepala hotak still ingat msg dia. Dia tanya aku tahu tak kat mana kedai yang jual phone murah? Dalam pada scroll tu, otak dok ligat kat mana ehhh kat mana ehhhh. Kata taknak reply, lepastu apa jadah yang kau sibuk fikir kat mana.

Tak cukup fikir, okayyy tak tahu. Amik ipad, bukak google, search "kedai phone murah" errrrrrrrrrrrrrr. So tak jadilah ni kannnn nak boikottt? Ha memang! Haduh payah lah aku ni hahahahaha. Tapiiii aku reply nak taknak je, "hm area sini tak sure tapi subang jaya ade. Dekat dengan Taylor's College. Tapi situ ramai orang so kalau nak senang, beli online dulu. Lepastu datang dekat sana, nanti dorang bukak seal tu depan customer. Kalau area johor, tak tahu .." padahal dia cuma tanya, "awak tahu tak kedai yang jual phone murah?" tapi kau tengok jawapan budak yang nak acah acah boikot tadi -.- lepastu dah reply, tungguuuu plak dia balas padahal dah nampak dia offline. Hahahahaha pebendaaa la minah nihhh :) 

Lepastu tunggu tunggu tunggu, terrrrrtekan yang sticker thumbs up tu, tahiiiikkk! Kantoiiii lah bodo aku tunggu dia reply. Sakai arrhh. Pastu aku terus cakap, "sorryyy tertekan hahahahaha bongoknya -_-" masyaAllah akhirnya terkeluar jugak hahaha aku tadi, padahal tadi dah cun dah siap ade cakap hm ade dotdotdot ..... Lepastuuu???? Hahahaha jugak kau tulis!!!!! 

Aku ni memang jenis tak boleh nak marah lama lama, tapi kalau aku marah aku tak suka orang cool down kan aku suruh sabar lah hapelah, aku marah, aku diammmm je so kau nak aku sabar cane lagi??? Nanti dah okay, aku tegur korang balikkk, cayelah :) so takpayah nak dekat dengan aku time aku marah kecuali time aku sedihh orang tertentu je aku boleh dengar pujukan dorg:') tapi marah dengan benci lain eh? Kalau aku benci, aku diam jugak tapi mmg tak ka derrr aku nak buat baik dengan kau. Aku diam je, pandang muka kau pon aku avoid! Kalau kau tegur, aku layan. Tapi tengoklah layanan aku macam mana. Tak reti aku nak hipokrit ni sebab dah penat jaga hati orang.

Published : 5 eh hari ni? Okay sekarang lukul 10.58 pagi. Nak bagi adik comel aku makan ubat. Bye :) 

P/s : dah banyak sangat aku bagi peluang tapi dia pon banyak kali mengalah dengan aku, so aku rasa fair lah. Sebab tu aku cuma marah. Aku tak benci :)

Nyanyok Macam Anak 10 Orang

Assalamualaikum. Teruk betul nyanyok aku sekarang nih. Bahaya woiii kalau nak exam kena penyakit ni. Masaelah :(( tapi ade la reason kann kalau markah teghok kahkahahh :p nak story pe benda yang aku lupa tu kat sini, memang dah lupa ah. Kata nyanyok ann so tak bole recall. Yang ade pon benda baru jadi kejap tadi. Tugas aku memang kena masak la nasik untuk berbuka, untuk sahur semua. Sooo tadi mak aku keluar bilik and tanya "dah masak nasi ke?" muka konfiden je cakap "dah dah" lepastu cam eh yeke? Terus bangun pergi dapur. Tengok periuk nasi apesal takdeeeee? Periuk pon aku tak basuh lagi. Err -.-' tapi memang serius aku rasa cam dah masak. 

Lepastu tadi siang ade orang datang service aircond. Lepastu dia tutup plug letrik tu, so wifi pon hilang la kejap en. Lepastu nak masuk balik tu aku boleh tak ingat password wifi. Pe bendaaaa lahh -.- yang kes masak nasik tu mak aku cakap, "isk awak ni bahaya la kak. Nyanyok macam anak 10" grrr.

Disebabkan nyanyok aku ni jugak la aku lupa yang semalam ke tadi tahh aku ade update taknak post pape dah guna ipad. Tapiiii post jugakkk. Pehal tah. Okaylahh bye. 

P/s : yang lagu inkognito versi laki ni kan comel la laki yang tak reti dok diam tu. Hahahahaha yang baju hitam pakai pebenda tah nama atas kepala tu. Yang versi pompuan punya ponnnn best jugak. Terus insap hahahah. Btw, sape tau makna inkognito? :) 

Published : sumpah aku tak ingat tarikh. 4 kot eh????? Pukul 10.17 malam. Gudnite! 

Friday, 2 June 2017

Menyusahkan Update Guna Ipad

Assalamualaikum. Awal tahun haritu laptop aku rosak. Nak buat assignment terpaksa pinjam laptop orang lain. Bila ingat balik, tak sangkaaa aku berjaya harung semua benda tu. Assignment Pengajian Am kena buat jadual and graf yang kesemuanya 38 buah lepastu kena elaborate sampai 7000+ patah perkataan. Tapi sebelum buat tu, kena edar 30 borang untuk 30 orang responden. Yang edaran untuk responden tu berapa kali kena reject sebab soalan tak relevan. Buattttt balik. Typeee lagi. Pinjammmm lagi. Lepastu kejap kejap ada exam. Yang assignment Sejarah pulak kena buat proposal dulu, and then baru sub yang bebetul punya. Elaboration 3500 patah perkataan, tu pon kira objektif punya je. Lepastu assignment Bahasa Melayu, yang ni okaylah tak payah taip tapi kena menulis hwawawa. Kena create 8 buah karangan berformat berdasarkan tajuk yang cikgu bagi. Contohnya macam ceramah, syarahan, minit mesyuarat, kertas cadangan, memorandum and memacam lagi lah. Satu karangan 650 patah perkataan. 8 karangan? Tak tepu otak kau kena create 5000+ patah perkataan? Ketiga tiga assignment ni kena buat kurang daripada 3 bulan okay. Kalau ada laptop sendiri senang la. Yang aku ni? Nak kena cari sumber internet apa bagai? Kengkadang rasa give up jugak tapi Alhamdulillah la Allah sentiasa ada. Ni baru sikit, baaaanyak lagi sebenarnya yang jadi. Cuma malas nak cakap je. 

Ni dah masuk final sem, kena hadap lagi dua assignment. BM dengan Eko. Laptop still tak repair. Duit weeeeh, duittt! Pulak tu tak boleh repeat paper dah sem ni. Nak fokus tang mana ni? MasyaAllah. Tajuk untuk assignment BM dah dapat dah. Quite interesting tapiiii nak elaborate tu yang payah. Untuk variasi bahasa ada topik penggunaan bahasa slanga dalam filem KL Gangster (x) pengunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar tingkatan enam (x) pengunaan bahasa mesra dalam novel Suri Hati Mr Pilot (x) pengunaan bahasa basahan dalam rancangan Meletop terbitan Astro (x) pengunaan bahasa kasar dalam kalangan pelajar (x) penggunaan bahasa kasar dalam laman sosial yang ditadbir contohnya macam Siakap Keli (x) semuaaaa ni aku reject! Nak lagi bahasa mesra tu, tak koserrrrr. So, untuk part ni group aku amik topik penggunaan bahasa istana dalam teks Sejarah Melayu. 

Untuk bahagian morfologi pulak, kalau boleh nak avoid sebab ni topik sem dua so better amik variasi bahasa. Sambil buat assignment kita belajar jugak. Tapi kalau belajar topik morfologi pun okay jugak sebab dah ada basic. Tengoklah macam mana nanti but hopefully topik bahasa istana tu cikgu approved. Aamiinnnn. Okay topik morfologi pulak ada penggunaan kata kerja dalam ulasan surat khabar Berita Harian (x) penggunaan kata adjektif dalam pantun dan syair atau iklan (x) kajian tentang kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam Akhbar (x) analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid Tingkatan Peralihan (x) penggunaan kata tugas dalam penulisan esei pelajar (x) kalau takde pilihan aku akan amik topik yang tak melibatkan kata kerja sebab susahhhh. Nak cari kata kerja aktif transitif, kata kerja aktif tak transitif lepas tu nak pecah pulak pada berpenerang, berpelengkap dengan apatah lagi satu tu. Aku lemah gila bab ni :( 

Untuk assignment Eko pulak ade dua topik. Kadar upah dengan apatah lagi satu tu. Nanti aku cek balik dekat web mpm. Sebab aku menyampah la nak guna ipad ni. Banyak benooooo dugaan. Ni nak update satu entry pun makan masa kemain lama. Ah malas lahhh nak cakap apa masalahnya tapiiiii memang masalah yang buat aku mencarut. Hahaha. Soooooo, aku rasa aku nak rest dari dunia belog even dah join since aku form 3. InsyaAllah bila laptop dah okay, aku buat lagi entry mengarut. Kahhhhh. Okay semua, take care ya. Doakan aku boleh buat assignment dengan baik plus dapat present dengan smooth sebab aku takuttttt dengan cikgu eko. Hahahaha.

Published : 3 Jun 2017 pada 9.13 pagi.

Thursday, 1 June 2017

Doakan Kebahagiaan Dia Konon. Dah tu, Kau?

Assalamualaikum. Dulu, masa patah hati mesti statement yang akan keluar, "walaupun hati aku sakit and masih sayang dekat kau, tapi kalau tu yang buat kau bahagia, aku doakan kebahagiaan kau dengan dia" perrrhh kenyataan yang cliche la senang cerita. Ye ke kau doakan kebahagiaan dia padahal kau sakit hati? Menipu je semua ni :) maybe ada la someone yang heart broken yang begitu baik hatinya tapi ada jugak yang cakap macam ni setakat nak pujuk hati sendiri. Ikhlasnya? Idok jugak. Daripada kau doakan kebahagiaan dia, lebih baik kau doakan kebahagiaan kau sendiri. Takpayah lah nak acah acah biar aku merana, biar aku sakit, biar aku derita, puihhhh! Cakap kat aku, sape yang taknak bahagia? Yelah aku faham kita kena redha sebab dah takde jodoh. Tapi redha apa ke bendanya kalau hati kau still sakit? Lepastu nak cover kesakitan kau, kau doakan dia pulak. Doakan diri sendiri dulu please? Dia dah bahagia, lantak dia. Bila dia derita, mungkin tu fikarah sebab buat kau derita. Okey? Buat hidup masing masing je, tu yang akan buat kau bahagia and buat kau redha :) 

Aku tak cakap mendoakan tu salah, nak pulak untuk orang yang pernah kita sayang. Tapii yang salahnya dekat sini bila kau doakan dia bahagia while kau sendiri tak happy. Perlu ke buat benda macam tu? Dengar macam aku selfish gila kan? Tapi sampai bila kau nak makan hati macam tu? Kalau kau bagi dia pelempang dua tiga bijik, penumbuk dua tiga ketul, maki dua tiga lane, konpem kau akan rasa lega walaupun bukan 100%. But at least sakit yang dia dapat tak sesakit yang kau rasa. So, tak salah babe nak pentingkan diri sendiri untuk sesuatu situasi, kau fikir macam mana kau berkorban untuk dia, macam mana kau jaga hati dia, berapa banyak masa tenaga and duit kau dah labur dekat dia, macam mana kau habiskan air liur kau untuk pujuk dia and buat dia happy bila dia sedih, ehh alih alih ni balasan dia dekat kau? Haaa takpayah! Dia sesedap bagi kau lagu cakra khan yang mencari cinta sejati tu (cinta sejatilah sangat. Habis masa yang dah terbuang sesama dulu tu cinta kayu jati? Ke cinta monyet Langkawi bercuti naik ferry? Ke cinta nafsu yang naik lorry semata mata nak lepak dekat ladang kelapa sawit? Haktuih. Yang ayat jiwang karat kau dulu tu? Yang kau lah satu satunya pujaan hatiku, tiada lain hanya namamu tu kejadah apa pulak) tapiii kau punya baik hati bagi dia lagu souqy, cinta dalam doa (niat kau memang baik tapi masalahnya baik tak kena tempat)

Petikan dari lagu cakra khan. Berwaktu waktu aku mengasuh rasa, mendengarkan jiwaku berkata kata, tak mungkin aku abaikan kata hati, ku harus jujur pada hatiku. Kau dan aku tak bisa bersama (okay, blah sekarang) bagai syair lagu dan irama, selamat tinggal kenangan denganmu (senang je nak lupakan kenangan masa sesama eh?) senyumku melepaskan kau pergi (tahiii memanglah kau senyum, dah kau tinggalkan aku!) Engkau bukanlah sebuah kesalahan (sebab kesalahan tu datang dari kau) tak pernah aku menyesal mengenalmu, (aku yang menyesal kenal kau bangang) tapi biarkanlah aku terbang bebas, mencari cinta sejati (aku tahu aku bukan cinta sejati, aku sparepart kau je kann? Kau kata tak mungkin abaikan kata hati hahahaha yelahhh ikut hati mati bebbb, ikut rasa binasa. Tu pepatah ongtue kita)

Petikan dari lagu souqy. Berakhirlah sudah cerita kita, setelah sekian lama bersama, kau hadirkan dia dalam cerita, yang hanya menyisakan luka. Ku coba menahan perih yang ku rasa, walau ini menyakitkan (sobs sobs. Redha ke macam ni?) Jika menyakiti aku bisa membuatmu bahagia, maka lakukanlah itu, tanpamu ku yakin bisa. Ikhlasku mencintaimu, ikhlasku kehilanganmu, semoga kau bahagia dengan pilihanmu itu (kau rela sakit hati semata mata nak tengok dia happy? Bahagiakan diri kau dulu sebelum nak buat orang lain bahagia. Situ baru datangnya ikhlas) kau bersama diaaa, aku bersama doa (First, doa bagi hati kau sembuh dulu. Second, doa kau akan jumpa yang lebih baik dari dia. Third, doa supaya dia sedar yang he's not the one. Tanpa dia pun boleh je kau hidup)

Terpulanglah pada diri masing masing. Kalau rasa kesian dekat si talengong yang buat kau sedih tu, kau doakanlah kebahagiaan dia. Mulut kau, takde sape boleh halang kau nak doa apapun. Tapi takde sape jugak yang boleh halang kalau kau nak maki dia untuk release sikit pressure kau tu. Redha tu benda dalaman babe, takde sape boleh pertikaikan. Tak semestinya mulut dia maki itu ini, dia zalim nak mati kan? Kengkadang mulut je boleh menipu. Macam kauuuu, cakap doakan kebahagiaan dia konon, tapiiii hahahahaha. Okay baiii. 

Published : 2 Jun 2017 pada 8.05 pagi. Awal gila aku update tapi nak update malam tadi, malas. Nak update siang jelHhh mata segar sikit. Haa yang baca post ni mesti ingat aku baru patah hati. Lantak korang lerrr. Aku cakap benda general, so sa
E nak amik benda ni as benda positif, amik. Kalau sebaliknya, punnn bolehh :)

Wednesday, 31 May 2017

Jenis Lelaki yang Buat Spoil

Assalamualaikum. Semua ni opinion aku okay? So takpayah nak butthurt sangat. Semua orang ada taste masing masing. Contohnya kau tak suka aku, lepastu kau ingat aku kisah? Hahahaha talk to my hand. Sekarang ni kan dah macam macam pesen laki and pompuan kita boleh tengok. Tinggal masuk tak masuk je dengan kita. Sekarang ni aku taknak cakap pasal ciri laki yang aku suka sebab aku rasa macam dapat tak dapat je haha. Tapiiii kalau laki tu kena point dekat bawah ni, automatically sila brams. Biarlah daku sendiri :p First and foremost *tiap kali buat esei Bahasa Inggeris aku mesti lupa ayat ni walaupun dah banyak kali remind malam tu* aku cukup pantangg lelaki yang panas baran. Asal cemburu je baran. Asal tak ikut cakap dia je baran. Asal ada yang tak kenaaa lah. Dah baran sesuka hati kau, pastu senang senang nak minta maaf. Kepala hotak kau berjambul. Kawal sikit perangai kau tu. Belum apa apa nak control everything? Kejadahnya. Cakap baik baik tak boleh? Kedua, laki yang kuat mencarut. Kau bayangkan tengah sedap sedap borak ni keluar segala pantek mak ayam, fuki lanchau, buat maluuu je kalau terlepas depan mak bapak aku. Memang la mulut aku pun kengkadang tak boleh control, but hellooooo kalau dah setiap masa nak mencarut itu tabiat ke buang tebiat namanya? Baik kau diam la. Buat sakit telinga aku je. So baik avoid mamat macam ni. Ketiga, pengotor! Aku tak faham kenapa ada jenis manusia yang sesuka hati meludah sana sini? Lepastu rambut berbau, bulu tak trim. Ya ampunnn tak rasa semak ke? :) pengotor ni paling aku tak boleh terima. Aku rasa aku boleh accept mamat yang kuat mencarut daripada mamat yang pengotor. Kalau dia baran, boleh je aku buat tutup telinga ke hape. Ha cakap la kau sensorang. Kalau pengotor? Celah mana aku nak buat buat tak nampak? Takkan all the time jumpa nak harap aku bawa kapas tutup hidung, bawak timun tutup mata? Aku perlukan keamanan sejagat okeh! 

Lepastu jenis laki yang pemalas. Pemalas kat sini maksud aku macam kau dah takde menda nak buat, lepastu membongkang je kat rumah. Tak reti nak cari kerja ke awak? Aku pernah la kenal dengan sorang mamat ni, umur dah 28 tahun! Adik aku 18 tahun dah kerja. Lepastu duduk rumah mak bapak, bila aku online mesti tepi nama dia ada button hijau! Sumpah aku menyampah gila. Tak boleh harap. Kalau dah usaha tapi tak dapat boleh tolerate lagi tau. Yang tak boleh toleratenya kalau minta kerja baru sekali dua, lepastu dah malas and give up. Pe bendaaa? Dah tau kerja susah nak dapat kau memilih pulak. Bila dah dapat cakap boss kau tak best, kengkawan kerja tak suka kau, and macam macam lagi alasan. Masuk kandang kambing pls mengembek okay? Jangan nak buat macam tu tempat kau pulak. Last but not least lelaki yang tak boleh bawa diri. Bila dengan kengkawan, poyo ni haa ngorat awek sana sini. Tapi bila sensorang, terkangkang nak hidup. Disebabkan aku ni student so aku tak suka student lelaki yang dalam kelas mulut dia lah paling kecoh, tapi bila suruh presentation tolak badan member, eh kau la kau la. Kecut pulak ek telor kau. Time kau membahan orang kau la yang paling hebat kononnya. Lepastu aku tak suka lelaki yang depends pada kawan dia je. Takde kawan tak boleh hidup. Sebenarnya banyak lagi perangai yang boleh buat spoil, muka handsome ada ini macam punya perangai, sorry morry to the lorry la weh, spoil okeh! Aku pun tak suka juga laki yang sweet talker, playboy, tak pandai buat decision, and aku malas nak elobarate dah. Nanti ramai benci. But still, ada aku kisah? :D

Published : 1 Jun 2017 pada 11.08 pagi. Selamat datang bulan Jun. Selamat datang sem akhir. Selamat datang tekanan perasaan. Maaf kalau lepas ni entry semua macam perempuan meroyan.

Monday, 29 May 2017

Perlulah Keje Asyik Nak Dengkiii Je?

Assalamualaikum. Aku macam tak faham kenapa perlu wujudnya manusia yang suka tengok orang marah, sedih, kecewa. Padahal dia takde buat salah apa pun kat kau. Kau nak tahap dia bunuh diri ke baru kau puas hati? Nak sangat tengok dia kena tekanan perasaan sampai sakit mental? Kau tak rasa bersalah ke huru harakan hidup orang? Kau buat dia macam macam tapi ade dia dendam dengan kau? Sebabkan dia tak balas balik perbuatan kau, makin kau pijak kepala dia ye. Doa orang teraniaya termakbul weh. Tak payah tunggu dia doa la, tapi memang dah jadi lumrah, setiap kejahatan kau buat dekat orang, Allah ada untuk balas. Cuma cepat atau lambat je. Kalau kena dekat dunia, boleh la kau carik dia nak minta maaf. Tapi kalau dia dah mati and dia tak redha apa kau buat dekat dia, sampai mampos kau takut dengan bayang bayang kau sendiri. Merangkak la kau cari dia dekat padang Mahsyar walaupun harapan nak jumpa dia 0.01%!

Benda ni common sense je. So get a life. Kalau kau tak suka dia, just ignore la. Yang kau sibuk nak jadi Tuhan nak jatuhkan hukuman tu pahal? Dari kau sibuk nak fikir macam mana nak sakitkan hati dia, lebih baik kau fikir macam mana nak buat orang suka dengan perangai kau. Sebab akan ada je manusia yang tak puas hati dengan kita. Semulia-mulia nabi Muhammad SAW pun orang tak suka, especially masyarakat Musyrikin Quraisy yang sanggup plan nak bunuh nabi, bagi tawaran harta and pompuan dekat nabi, siap boleh guna taktik kengkonon toleransi ah kalau nabi sembah berhala, diaorang sembah Allah SWT. Tapi itu semua dugaan masa Nabi nak berdakwah. Nak pujuk orang tinggalkan kemungkaran. Buat kebaikan pun orang dah benci. Nak pula dengan perangai kau yang hidup asyik nak mendengki. Tak pelik kalau orang lain buat benda sama kat kau. Tak doa pun benda bebukan tapi macam aku cakap tadi, setiap perbuatan ada pembalasan. So adalah lebih afdhal, kau cucikan hati kau dulu daripada sibuk nak musnahkan hidup orang. Kau bukan Allah :)

Published : 5.16 petang. 29 May 2017.