Assalamualaikum. Dulu pon aku ade skeptikal yang negatif pada pelajar form six, tapi sekarang aku dah tukar mentaliti aku. Kebanyakan pelajar lepasan spm, akan jadikan form six sebagai pilihan terakhir. That's why orang cakap stpm ni untuk student yang tak dapat upu. Low class la. Kena pakai baju seragam, sama sekolah dengan budak arus perdana, tak boleh independent sebab stay dengan mak ayah. Orang pandang rendah sebab kita ni bukan taraf bebudak u, masuk matriks, asasi, diploma apa bagai. Tapi kena ubah persepsi tu sekarang sebab sekarang ni orang dah tak panggil pelajar tingkatan enam. Tapi orang panggil pelajar pra u. Stpm exam PALING susah di Malaysia, KETIGA tersusah di Asia Tenggara dan KETUJUH tersusah di Dunia. So, be proud gaissss :D plus sekarang ni mana ade dahhhh baju seragam, dah bebas la. And batch 98 yg pertama rasmikan. Hahaha batch aku la. Tapi still ade disiplin la tak bole sexy and over.
Tempoh belajar yang lebih singkat which is setahun setengah. Ye, asasi pon singkat jugak tapi sijil stpm laku untuk mintak kerja. Diploma? Ye memang laku tapi lepas tiga tahun belajar la. Banyak student diploma cakap dorang lebih susah, baaanyak paper nak kena jawab sebab tempoh belajar lama. Tapi peringkat stpm lebih mencabar. Sebab, kite belajar setahun setengah, dalam tempoh tu nak kena buat assignment, presentation and final sem setiap lima bulan. Tak beku kepala kena buat benda ni serentak? Pointer pulak kira untuk tiga sem. Sem ketiga tak boleh repeat pulak tu. Pelajar diploma dorang boleh carry cgpa dorang tu sebab banyak sem. Kalau nak mohon ijazah, peluang terbuka luassss untuk pelajar pra u. Memang kita belajar dalam sekolah tapi kertas soalan kita digubal dan diperiksa oleh pensyarah. So takde beza pon level exam pra u dengan budak u. Macam student pra u, pointer 2.5 dah boleh masuk u sebabbbb exam kita paling susah dekat Malaysia. Tapi tu dulu la, sekarang syarat dah lebih ketat sebab sistem belajar kita dah dibahagikan. Kalau dulu, belajar tiga sem baruu lah exam combine semua.
Sijil kita bukan setakat layak untuk mintak kerja and dapat gaji setaraf macam student diploma yang tiga tahun tuh, tapi kita jugak ade peluang sambung belajar dekat luar negara! Haaa best tak ;) Sijil kita sama taraf dengan A-LEVEL yang dikendali oleh University Cambridge, UK. Nak mintak dekat singapura and brunei esoecially, insyaAllah boleh :) bila kita dah masuk u untuk sambung degree, pensyarah tahu kita dah ade basic. Sebab tu ramai pelajar pra u berjaya bila dah masuk the real u. Kita belajar dekat sini bukan suka suka eh? We have a lot of presentation, a lot kf examinantion, a lot of assignments. Style kita belajar sama macam student u jugak, so kena perlu cakap student pra u low class? :) and kite pon jangan rasa kita low class, sebab kita ade class kita kebih diutamakan untuk permohonan u berbanding student matrik, sebab kita ade class sijil kita boleh mintak kerja, sebab kita ade class kita boleh sambung belajar luar negara, sebab kita ade class ramai yang pandang rendah pada kita sebab they don't get what we get.
Simple. Form six lebih singkat. Memang examnya susah tapi sesuai dengan ganjaran yang kita dapat lepas abis belajar. Form six lebih menjimatkan, ye memang duduk dengan mak ayah tapi is that a big deal? ._. Masuk form six sama macam kita belajar dekat u, cuma susasana je yang lain. So, pls la ubah mentaliti tu pasal form six. Dorg ni bukan apa, dorg taktahu kelebihan form six sebab dah rasa hebat sangat dapat masuk u, even budak politek pon sibuk nam condemn. Hahaha. Kiteorang budak form six ni mampu gelak je la sebab tak sangka student yg masuk u, yg dah habis hebat sangat dah ni, still ade mentaliti kelas ketiga.
Untuk adik lepasan spm, jangan ragu ragu nak amik form six. Pls do more researches to get more detail. Jangan ikut kawan, and jangan percaya sangat cakap orang.
Published : 7 jun 2017. 2.27 petang. Sorry gais, banyak sebenarnya nak cakap tapi sebab update guna ipad ni haiiihhhhhh payahhh. Dah la banyak kali typo, terspacing besar pulakk, so ignore je k. Macam biasa, mana yg baik, amik. Mana yang tak baik, tinggal. Bye :*
No comments:
Post a Comment