Assalamualaikum. Dulu, masa patah hati mesti statement yang akan keluar, "walaupun hati aku sakit and masih sayang dekat kau, tapi kalau tu yang buat kau bahagia, aku doakan kebahagiaan kau dengan dia" perrrhh kenyataan yang cliche la senang cerita. Ye ke kau doakan kebahagiaan dia padahal kau sakit hati? Menipu je semua ni :) maybe ada la someone yang heart broken yang begitu baik hatinya tapi ada jugak yang cakap macam ni setakat nak pujuk hati sendiri. Ikhlasnya? Idok jugak. Daripada kau doakan kebahagiaan dia, lebih baik kau doakan kebahagiaan kau sendiri. Takpayah lah nak acah acah biar aku merana, biar aku sakit, biar aku derita, puihhhh! Cakap kat aku, sape yang taknak bahagia? Yelah aku faham kita kena redha sebab dah takde jodoh. Tapi redha apa ke bendanya kalau hati kau still sakit? Lepastu nak cover kesakitan kau, kau doakan dia pulak. Doakan diri sendiri dulu please? Dia dah bahagia, lantak dia. Bila dia derita, mungkin tu fikarah sebab buat kau derita. Okey? Buat hidup masing masing je, tu yang akan buat kau bahagia and buat kau redha :)
Aku tak cakap mendoakan tu salah, nak pulak untuk orang yang pernah kita sayang. Tapii yang salahnya dekat sini bila kau doakan dia bahagia while kau sendiri tak happy. Perlu ke buat benda macam tu? Dengar macam aku selfish gila kan? Tapi sampai bila kau nak makan hati macam tu? Kalau kau bagi dia pelempang dua tiga bijik, penumbuk dua tiga ketul, maki dua tiga lane, konpem kau akan rasa lega walaupun bukan 100%. But at least sakit yang dia dapat tak sesakit yang kau rasa. So, tak salah babe nak pentingkan diri sendiri untuk sesuatu situasi, kau fikir macam mana kau berkorban untuk dia, macam mana kau jaga hati dia, berapa banyak masa tenaga and duit kau dah labur dekat dia, macam mana kau habiskan air liur kau untuk pujuk dia and buat dia happy bila dia sedih, ehh alih alih ni balasan dia dekat kau? Haaa takpayah! Dia sesedap bagi kau lagu cakra khan yang mencari cinta sejati tu (cinta sejatilah sangat. Habis masa yang dah terbuang sesama dulu tu cinta kayu jati? Ke cinta monyet Langkawi bercuti naik ferry? Ke cinta nafsu yang naik lorry semata mata nak lepak dekat ladang kelapa sawit? Haktuih. Yang ayat jiwang karat kau dulu tu? Yang kau lah satu satunya pujaan hatiku, tiada lain hanya namamu tu kejadah apa pulak) tapiii kau punya baik hati bagi dia lagu souqy, cinta dalam doa (niat kau memang baik tapi masalahnya baik tak kena tempat)
Petikan dari lagu cakra khan. Berwaktu waktu aku mengasuh rasa, mendengarkan jiwaku berkata kata, tak mungkin aku abaikan kata hati, ku harus jujur pada hatiku. Kau dan aku tak bisa bersama (okay, blah sekarang) bagai syair lagu dan irama, selamat tinggal kenangan denganmu (senang je nak lupakan kenangan masa sesama eh?) senyumku melepaskan kau pergi (tahiii memanglah kau senyum, dah kau tinggalkan aku!) Engkau bukanlah sebuah kesalahan (sebab kesalahan tu datang dari kau) tak pernah aku menyesal mengenalmu, (aku yang menyesal kenal kau bangang) tapi biarkanlah aku terbang bebas, mencari cinta sejati (aku tahu aku bukan cinta sejati, aku sparepart kau je kann? Kau kata tak mungkin abaikan kata hati hahahaha yelahhh ikut hati mati bebbb, ikut rasa binasa. Tu pepatah ongtue kita)
Petikan dari lagu souqy. Berakhirlah sudah cerita kita, setelah sekian lama bersama, kau hadirkan dia dalam cerita, yang hanya menyisakan luka. Ku coba menahan perih yang ku rasa, walau ini menyakitkan (sobs sobs. Redha ke macam ni?) Jika menyakiti aku bisa membuatmu bahagia, maka lakukanlah itu, tanpamu ku yakin bisa. Ikhlasku mencintaimu, ikhlasku kehilanganmu, semoga kau bahagia dengan pilihanmu itu (kau rela sakit hati semata mata nak tengok dia happy? Bahagiakan diri kau dulu sebelum nak buat orang lain bahagia. Situ baru datangnya ikhlas) kau bersama diaaa, aku bersama doa (First, doa bagi hati kau sembuh dulu. Second, doa kau akan jumpa yang lebih baik dari dia. Third, doa supaya dia sedar yang he's not the one. Tanpa dia pun boleh je kau hidup)
Terpulanglah pada diri masing masing. Kalau rasa kesian dekat si talengong yang buat kau sedih tu, kau doakanlah kebahagiaan dia. Mulut kau, takde sape boleh halang kau nak doa apapun. Tapi takde sape jugak yang boleh halang kalau kau nak maki dia untuk release sikit pressure kau tu. Redha tu benda dalaman babe, takde sape boleh pertikaikan. Tak semestinya mulut dia maki itu ini, dia zalim nak mati kan? Kengkadang mulut je boleh menipu. Macam kauuuu, cakap doakan kebahagiaan dia konon, tapiiii hahahahaha. Okay baiii.
Published : 2 Jun 2017 pada 8.05 pagi. Awal gila aku update tapi nak update malam tadi, malas. Nak update siang jelHhh mata segar sikit. Haa yang baca post ni mesti ingat aku baru patah hati. Lantak korang lerrr. Aku cakap benda general, so sa
E nak amik benda ni as benda positif, amik. Kalau sebaliknya, punnn bolehh :)
No comments:
Post a Comment